Friday, February 13, 2009

oh lelaki..

wahai lelaki,
tahukah kamu bahawa wanita yang sangat mencintai kamu akan sentiasa memikirkan kamu walau di mana saja kamu berada,
wanita juga sangat sukakan pujian, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian tersebut,
apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas berlakunya pertengkaran, bagilah dia waktu untuk menenangkan diri,
wanita tetap berfikir tentangmu walau dia keluar dengan lelaki lain,
wanita sangat mudah untuk jatuh cinta kerana wanita mempunyai sifat penyayang dan ingin di kasihi

Friday, January 30, 2009

hari-hari yang indah



hari akan sentiasa indah andai kita bijak menggunakan cinta.

kuasa cinta sangat kuat dan mampu bertindak seperti bom atom.

cinta harus berfungsi dengan sihat dan bukan sekadar bersandarkan nafsu.

ramai orang tidak tahu membezakan cinta nafsu dan juga cinta sejati.

aku percaya, cinta nafsu tidak akan kekal lama.

kerana cinta nafsu ini berakarkan kecantikan luaran seperti paras rupa dan bentuk badan.

kita tahu yang kecantikan luaran tidak akan kekal lama.

bagi pendapat aku, cukuplah kita mencari pasangan yang mampu membahagiakan dan menenangkan hati apabila kita melihat wajahnya.

pastikan hatinya telah terkunci untuk kita sahaja.

jangan lah kita mempergunakan cinta yang telah diberi oleh pasangan kita.

gunakan lah dengan sebaiknya.

kuasa cinta sangan besar.

mampu mengubah diri kita.

aku yakin, hari yang berlalu akan indah andai cinta itu di jaga dengan baik dan

hubungan percintaan antara dua insan pasti indah.



Thursday, January 29, 2009

maniskah cinta?


ape itu cinta??

kadang-kadang aku terfikir, ape sebenarnya itu cinta.

adakah cinta itu manis??

adakah cinta itu pahit??

sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari cinta.

setiap insan pasti ingin merasai kenikmatan cinta.

definasi cinta bagi setiap orang pastinya berbeza.

ada yang positif dan ada juga yang negatif.

ini bergantung pada tafsiran setiap individu.

aku percaya, cinta adalah segala-galanya.

aku adalah aku